SembangKomputer.com

Tips - tips komputer, perisian, dan Internet

Entri Komen



Buka Yahoo Messenger Tanpa Perlu Install Apa-Apa Software

7 August, 2008 (14:25) | Perisian | Oleh: MK

ebuddy

Assalamualaikum semua. Dah lama gak saya tak update blog ni. Al-maklumlah, bil Celcom Broadband dah dekat tiga bulan tak bayar… jadi kat rumah saya tiada sambungan Internet T_T

Baiklah, kali ini saya ingin berkongsi tips dengan anda yang selalu menggunakan IM (Instant Messaging) seperti Yahoo Messenger. Biasanya, anda hanya perlu install software YM pada PC anda kan. Tapi, bagaimana pula jika anda menggunakan komputer di pejabat, ataupun Cyber Cafe? Kadang-kadang tempat seperti ini tidak dipasang dengan software tersebut.

Kalau anda nak buka YM tanpa install apa-apa software ke dalam PC, pergi ke laman web eBuddy. Laman web ini membolehkan anda membuka YM anda terus dari web browser. Hanya masukkan ID dan Password bagi akaun Yahoo anda, kemudian klik pada butang Sign In.

Teruskan membaca »

Popularity: 2% [?]

Bahasa Melayu Atau Inggeris?

1 August, 2008 (03:34) | Sembang Editor | Oleh: MK

Saya tertarik dengan hasil tulisan Zul dari Ubuntu for Malaysian hari ini, yang kemudiannya diulas oleh Kita dari Kongsi Blog. Zul memperkatakan tentang dilema penggunaan bahasa yang dialami oleh para penulis, khususnya dalam bidang teknologi. Kami dihantui oleh satu soalan – nak guna istilah bahasa melayu atau inggeris?

Masalah ini mula saya alami sejak mula-mula menulis SembangKomputer.com lagi. Saya berniat untuk menulis tentang komputer dan teknologi dalam bahasa ibunda kita. Namun, dunia komputer adalah penuh dengan istilah-istilah teknikal. Nak terjemahkan semua istilah ni kepada bahasa melayu, rasa kekok pula. Kalau nak tukarkan istilah komputer kepada italic, pun susah, sebab ada sesetengah terma yang seakan-seakan sudah sebati dengan bahasa melayu, contohnya program.

Jika anda juga seorang penulis teknologi dalam bahasa melayu, anda pastinya faham akan keadaan ini. Susah untuk jadi betul-betul skema dalam penggunaan bahasa. Tapi kalau nak guna bahasa rojak, kurang hormat pula. Anda hanya mampu berada di tengah-tengah.

Teruskan membaca »

Popularity: 13% [?]

Spreeder – Latih Diri Anda Untuk Membaca Sepantas Kilat

30 July, 2008 (03:45) | Laman Web | Oleh: MK

spreeder

Spreeder adalah sebuah laman web yang dapat membantu anda untuk membaca dengan lebih pantas, iaitu menggunakan teknik speed reading. Hanya salin teks ke dalam Spreeder, dan ia akan memaparkan perkataan satu persatu dengan cepat.

Ok, bagi anda yang nak tahu apa itu speed reading dan kelebihannya, baca penerangan ringkas ni (diterjemahkan dan diubah dari prisoner24601 via Digg):

Teruskan membaca »

Popularity: 14% [?]

Cuil Ingin Menandingi Google? Mungkin Lambat Lagi

30 July, 2008 (03:35) | Laman Web | Oleh: MK

cuil

Baru je sehari Cuil dilancarkan, ia telah mendapat liputan yang meluas di blog-blog teknologi. Cuil digembar-gemburkan sebagai mampu menandingi enjin carian nombor satu di dunia, iaitu Google.

Cuil mempunyai paparan yang agak unik berbanding mana-mana enjin carian yang lain. Hasil carian dipaparkan dalam tiga kolum, dan imej kecil juga disertakan pada setiap laman web yang tersenarai. Mungkin gaya persembahan ini dapat memudahkan pengguna untuk melihat hasil carian dengan seimbas lalu. Cuil juga menyediakan cadangan bagi kata kunci yang ditaipkan.

Teruskan membaca »

Popularity: 13% [?]

Google Dah Kenal 1 Trillion URL

28 July, 2008 (02:46) | Laman Web | Oleh: MK

Google Pada blog rasmi Google, mereka telah mengumumkan bahawa jumlah URL yang berada dalam indeks Google kini telah mencapai sebanyak 1 Trillion (1’000’0000’0000!). Jumlah ini hanya mengambil kira URL unik sahaja, tidak termasuk URL-URL yang merujuk pada laman web yang sama. Sehingga kini, Google terus berusaha keras dalam mengumpul informasi tentang laman-laman web terbaru supaya dapat digunakan dalam carian anda.

Walau bagaimanapun, kuantiti yang besar ini bukanlah segalanya. Yang lebih penting adalah kualiti dalam hasil carian yang dipaparkan oleh Google. Lagipun, biasanya kita hanya tengok hasil carian di muka pertama je kan?

Teruskan membaca »

Popularity: 15% [?]

trueSpace: Perisian Animasi 3D Percuma dari Microsoft

27 July, 2008 (12:27) | Uncategorized | Oleh: MK

truespace

trueSpace adalah sebuah perisian animasi 3D yang membolehkan anda membina objek, bangunan, lanskap, dan pelbagai lagi kandungan 3D. Kandungan 3D ini boleh digunakan sebagai imej, wayang pendek, simulasi, dan sebagainya. Anda juga boleh letakkan hasil rekaan anda di Virtual Earth.

Perisian 3D seperti ini biasanya dijual pada harga yang mahal, namun baru-baru ini Microsoft telah membeli syarikat tersebut dan mengumumkan bahawa trueSpace boleh dimuat turun secara percuma. Anda boleh dapatkan trueSpace dari laman web Caligari dengan mendaftar terlebih dahulu.

Teruskan membaca »

Popularity: 15% [?]

Bandingkan Dua Fail Teks Dengan Notepad++

27 July, 2008 (03:22) | Perisian | Oleh: MK

Dalam kerja-kerja menulis kod bagi sesebuah laman web, kadang-kadang saya perlu membuat perbandingan antara dua fail HTML yang berbeza. Saya menggunakan text editor kegemaran saya, Notepad++ untuk menjadikan tugas ini lebih mudah. Di sini saya ingin berkongsi beberapa tips untuk membuat perbandingan fail teks dengan menggunakan Notepad++:

Teruskan membaca »

Popularity: 15% [?]

Hanya Taipkan Nama Lagu, Dan Terus Mainkan MP3

21 July, 2008 (02:18) | Perisian | Oleh: MK

Panjang kan tajuk entri kali ni? Hehe. Ok, kali ni saya nak tunjukkan tips mudah tentang bagaimana nak mainkan lagu kegemaran anda dengan pantas. Tak perlu buka Winamp atau Media Player terlebih dahulu, juga tak perlu buka folder satu-persatu untuk mencari MP3 tersebut.

Untuk cara ini, kita akan menggunakan software Launchy. Download dan install perisian tersebut. Kemudian, tekan Alt+Space untuk membuka Launchy. Klik kanan pada Launchy dan pilih Options.

launchy-mp3-01

Pergi kepada tab Catalog. Pada bahagian Directories, klik butang ‘+’ dan masukkan folder lagu anda. Manakala pada bahagian File Types, taipkan mp3 dan klik pada butang ‘+’. Kemudian, klik pada butang Rescan Catalog. Klik OK apabila selesai.

Teruskan membaca »

Popularity: 22% [?]

SembangKomputer.com Dengan Wajah Baru

19 July, 2008 (01:54) | Sembang Editor | Oleh: MK

theme-baru

Sebenarnya dah lama dah saya nak tukar theme di SembangKomputer.com. Theme Daleri yang lama tu agak kusam dan membosankan. Jadi, dah sampai masanya saya berikan wajah baru pada blog ini agar tampak lebih ceria dan menawan ^^

Theme baru ni namanya Firebug, hasil kerja Jai dari Blog Oh! Blog. Saya sukakan penggunaan warna dan latar belakangnya yang kemas. Theme ini mempunyai dua kolum di bahagian sidebar, manakala bahagian komen pula disediakan dengan Gravatar. Gravatar membolehkan gambar anda dipaparkan pada ruangan komen di bawah. Daftar Gravatar di sini.

Oleh kerana di bahagian sidebar ada disediakan ruangan iklan, sesiapa yang ingin beriklan di SembangKomputer.com boleh hubungi saya.

Teruskan membaca »

Popularity: 20% [?]

Semak Keputusan MUET 2008 Anda

17 July, 2008 (00:23) | Laman Web | Oleh: MK

MUET

Bagi para pelajar yang ada mengambil Malaysian University English Test (MUET) baru-baru ini, anda boleh semak keputusan di laman web Majlis Peperiksaan Malaysia. Hanya masukkan nombor kad pengenalan dan tahap Band akan dipaparkan. Semoga cemerlang ye ^^

Popularity: 22% [?]