5 Cara Untuk Lajukan Windows XP
Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.
Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin kongsi lima tips berikut:
Defragment Hard Disk Anda
Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa fungsi Defragment?
Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.
Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.
Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup
Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik. Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.
Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa - apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.
Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services. Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik
Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.
Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini, gunakan CCleaner.
Tingkatkan BIOS Anda
(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)
BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan - perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan. Bergantung pada PC anda, pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.
Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang diberikan untuk install BIOS tersebut.
Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui BIOS.
[Diterjemahkan dan disunting dari Wired]
Entri berkaitan
Comments
Comment from melayubuntu
Time March 23, 2008 at 1:02 am
aku pernah blurr ttg cara nak update bios…haha…
aku baca kat web depa kata berisiko kalau xkena gaya..
tu yg wat aku malas nk buat….haha
melayubuntu’s last blog post..Beberapa Update Terkini!
Comment from NoktahHitam
Time March 23, 2008 at 5:56 am
They say PC can tell what type of personality are you..
So jage2 la PC anda..
NoktahHitam’s last blog post..The House Helper Who Swept Under the Rug
Comment from kita
Time March 23, 2008 at 11:47 am
update bios ni bahaya bagi pengguna biasa..orang teknikal pun kadang-kadang tidak berani untuk melakukanya..to admin : letakkan sikit tanda warning pada tip bios tu…
kita’s last blog post..Website Berunsur Video Memang Diminati
Comment from Mira
Time March 23, 2008 at 2:36 pm
Hoho.. patut la laptop nie lembab semacam je. Dah berkurun rasenye tak defragment hard disk die. Lol~
off topic: nk tnya cket boleh tak? blog sy tak boleh view kalo gune URL http://mira.silenteve.net. but then, boleh kalau gune http://mira.silenteve.net/index.php. And it happens on firefox je. IE6 yg tak besh tu boleh plak view, takde problem. setiap kali tekan http://mira.silenteve.net, die akan kluar box nie:
http://img186.imageshack.us/img186/8602/stupidphpfn0.jpg
sy da try uninstall and reinstall FF tapi tak jadik gk. kalo try http://www.silenteve.net pun, problem yg same. =(
Mira’s last blog post..Early birthday celebration
March 23rd, 2008 at 3:43 pm
Mira »
mira, blog mira mmg takle bukak, kuar “internal server error” la
nape ye/
March 23rd, 2008 at 5:10 pm
Dah try betolkan error tu.. skarang dah ok kot. Yang kluar download box tu pun dah fixed.. just FF sy yg tak betol. Huhu~ Sorry for being off-topic. hehe..
Mira’s last blog post..Early birthday celebration
Comment from Eriyza
Time March 24, 2008 at 2:32 pm
Salam MK, sy nak mintak kod untuk komentator aktif tuh.
Mekaseh. :)
Eriyza’s last blog post..Watikah Perlantikan Menteri Besar
March 26th, 2008 at 4:37 pm
salam, kak eriyza
untuk komentator akif tu,
saya guna plugin top commentator widget utk wordpress
utk blogspot taktau lak kod die
Comment from kaitokid724
Time March 24, 2008 at 4:14 pm
Artikel di blog ini sangat menarik & bagus. Untuk lebih mempopulerkan artikel (berita/video/ foto) ini, Anda bisa mempromosikan di infoGue.com yang akan berguna bagi semua pembaca di tanah air. Nantikan segera plugin / widget kirim artikel & vote yang ter-integrasi untuk Blogspot dan Wordpress dengan instalasi mudah & singkat. Salam Blogger!
http://www.infogue.com/install/5_cara_untuk_lajukan_windows_xp/
Comment from Azhar Ahmad
Time March 24, 2008 at 6:02 pm
Wahhh bagusnya…. Saya dah book mark page nihhh
Azhar Ahmad’s last blog post..Har, Mak Sunyi…
Comment from Affuan
Time March 24, 2008 at 6:52 pm
azhar memang kaki mem bookmark. hehe.
Affuan’s last blog post..Apa yang WP.MU boleh buat?
Comment from t.a.t.a
Time March 26, 2008 at 2:43 pm
“Defragment Hard Disk Anda”
yeah mmg betul!!
sbb dah terlalu lama tak defrag hdd..
once sy buat hdd terus kong!
hahahah padan muker sy!!
hahahah lagi skali!!
t.a.t.a’s last blog post..Tali dan Lembu.
Comment from soleh
Time March 29, 2008 at 1:58 pm
Salam,
Lagi satu, scan for viruses and spyware..mesti ada bnyk spyware bagi yang gemar surfing internet..hehe
soleh’s last blog post..PSP Ebook and Image
Comment from Khai
Time March 31, 2008 at 5:17 pm
ni semua basic tips.. paling penting kalau nak PC laju, bawaak2 la bertaubat nengok bape GB RAM yg ada kat pc tu… hehehehe… kalau tak buat camana pun, tak guna maaa….
** pesanan kepada mereka yg baru kenal komputer.. hahaha
Khai’s last blog post..Google Search Tricks
March 31st, 2008 at 11:19 pm
Khai »
iye.. kalau manyak uwang, tambah je la RAM, baru dapat rasa perbezaan yang menggiurkan
Comment from syarif
Time April 15, 2008 at 9:46 pm
software yang sesuai tuk lajukan komputer guna defragmenter contohnya, diskeeper.
software nie mmg bagus..
syarif’s last blog post..VIRUS KILLER TECHNIQUE
Comment from amzar
Time May 29, 2008 at 9:45 pm
agaknyer bape lame untuk defrag nihh?
May 30th, 2008 at 3:06 am
@amzar: bergantung pada betapa seleraknye fail2 dalam pc, dan kelajuan pc tu sendiri.. slalunye satu partition tak sampai pun 30 minit
Comment from mat
Time September 8, 2008 at 12:47 am
Tweak atau update BIOS tidak digalakkan lebih-lebih lagi kalau motherboard bukan jenis “tahan lasak”. Biarkanlah BIOS itu dalam keadaan sedia kala selagi tidak mengganggu. Lagipun bagi moderate user perubahan pada kelajuan XP tidak ketara.
Selain langkah-langkah di atas:-
(a) adjust for best perfomance
(b) disable Remote Assistance dan Remote Desktop(bukan utk network)
(c) pilih Classic menu
(d) disable semua automatic updates pada program lain kecuali
untuk antivirus (ada impak dalam svchost)
(e) tambah RAM kerana XP sangat selesa dengan RAM yang besar (check dulu berapa banyak RAM motherboard boleh support)
(f) upgrade ke Windows XP sp3 Version 5512
(g) kunjungi web Windows Update lebih kerap untuk install high priority update
(h) jangan guna resolusi tinggi untuk desktop (kita bukannya menatap desktop sepanjang minit)
(i) disable screensaver
(j) pastikan cakera keras jenis SATA atau lebih baik
Paling penting, install aplikasi yang paling diperlukan sahaja.
Comment from akutaktahu
Time September 18, 2008 at 11:46 am
bro…sy ni agak rabun it sikit…nak minta tips dr bro..
apakah perkra yg perlu sy pertimbangkan kalau nak bli laptop yang ok….
September 18th, 2008 at 7:31 pm
@akutaktahu: apa kata awak tengok kat Forum SK, kat situ diaorang ada bincang pasal laptop ni. apa-apa soalan awak boleh tanya kat sana, mesti ramai yang jawab nanti.
September 20th, 2008 at 1:40 am
1.Tentukan bajet.
2.Tentukan kegunaan.
3.Pastikan anda terima after sale service yg terbaik. Service centre hdklah dekat dgn anda. Jika jauh vendor akan caj. Ini tabiat buruk mereka.
4.Jgn terlalu cerewet dlm memilih jenama. Semua laptop tahan asalkan penggunaan sesuai dgn kapasiti. Jika Kancil jgnlah bawa muatan lori pula.
5.Tingkatkan RAM laptop.
6.Install program yang diperlukan. Cadangan: Antivirus,7Zip,Foxit Reader,Defraggler,NERO, FLV player dan Office. Program ini bukan memory hog. Elakkan WINRAR, Adobe Reader, WINZIP, WINAMP,ACDC, Quicktime, RealPlayer,Office2007 dan semua keluarga Norton.Program ini mencekik laptop tak kisah berapa besar RAM anda.
7.Jgn install sebarang registry cleaner (kecuali utk computer geek saja)
8.Jgn layari porn site. Bukan saja tidk bermoral tapi laptop anda akan cepat menemui ajal. Ini kerana site itu sumber utama virus, malware dan rootkit.
Selamat berlaptop, bro….
September 20th, 2008 at 2:55 am
@mat: terima kasih Mat, sebab tolong jawabkan soalan ni ^_^
Comment from budok kulai
Time September 19, 2008 at 10:46 pm
askum… nk tya… apssal laptop saya skrg ni dh xleh run. asalnya sy shut down,tp mls nk tggu terus lipat laptop & lek umah.. esoknya dh xleh buka… on je akan bole sampai kluo tulisan di skrin (yg ada tulis f2),pastu restart semula.. apo yg rosak yeark? pening kepala ni..
September 20th, 2008 at 1:57 am
Cara A
1. On dan tekan F2. Pgi ke menu BOOT. Pastikan IDE letak no.1
Cara B
1.On dan tekan F8. Pilih safe mode. Bila windows dah buka, pgi ke System Restore. Lepas tu restart.
Cara C
Pastikn shut down sempurna. Ini kerana waktu itu windows sedang bersihkan pagefile.
Cara D
Reinstall windows
(tip di atas utk XP saja)
September 20th, 2008 at 2:48 am
@budok kulai:
w’salam. biasanya kalau shut down tak betul memang keluar masalah macam ni.
ok, mula2 awak cuba cara-cara yang dicadangkan oleh mat tu. tapi kalau hard disk tak detect lansung, cuba awak tanggalkan hard disk dan pergi scan disk di PC orang lain. lepas tu, masukkan semula hard disk tu ke dalam laptop awak.
Comment from budok kulai
Time September 21, 2008 at 7:56 pm
Tq kpd saudara b2… sebenarnya sy dh pun tekan f2 tu.. tapi masih xleh g ke safe mode. lg 1 smlm sy try tanggalkan h/disk tu & try pasang kt laptop lain… ado klua tulisan kt skrin biru.. klu x silap ada tertulis damage… apo maksudnya? adakah h/disk saya tu rosak?
Comment from budok kulai
Time September 21, 2008 at 8:05 pm
oh ye… klu tekan f2 yg tertulis adalah…
base memory 0000640 kb
extended memory 0506880 kb
total memory 0507904 kb
shared memory 0016384 kb
sampai sini je yg bole.. lps t akan senyap je… (mcm hang)..
nape yeark?
Comment from mat
Time September 21, 2008 at 8:27 pm
Tekan F8 utk safe mode.
Kalau hd dpt digunakn pd laptop lain, lakukan scandisk dan disk defrag.
Kadang2 berlaku dump memory. Ini bermakna satu atau lebih software rosak. Biasanya network adapter bermasalah. Cara lain, tanggalkan RAM dan gosok bahagian gold-platted dgn getah pemadam yang bersih. Pasang semula.
Comment from budok kulai
Time September 22, 2008 at 9:33 am
thanks bro… sy dh tekan f8 tp masih xbleh… nnt sy try tanggalkan ram plak.. rasanya msm h/disk rosak… tp nk try godey dulu ok ke x nya… thanks atas tunjuk ajarnya ye…
Comment from Samsul
Time October 10, 2008 at 3:06 pm
masalah windows xp media center edition saya login keluar skrin biru dgn mesej so saya nak masuk semua jenis safe mode x leh juga then saya fed up saya reformat komputer saya tapi windows setup x leh nak install asyik kuar benda ni bsod (blue screen of death)toooooooolooooooooooong
Comment from GhostRider
Time October 14, 2008 at 5:27 am
salam..nk tny..mcmn nk buat ek kalau background desktop tak bole dituka?
thanks!!
Comment from GhostRider
Time October 15, 2008 at 11:50 am
Windows UAC 2 ape yee?thanks!!
Comment from FA2
Time October 30, 2008 at 7:41 pm
Tolong la.. sape2 dapat tlg pasal nape ‘windows was un able to find certeficate to conect to wireless network’ sy ni x taw pape pasal tenet la.. peliz..
Comment from Kujie
Time October 31, 2008 at 3:49 pm
tadi Defragment Hard Disk, kat C ada 2 files did not defragment
apa nk buat ye dgn file tu
Comment from edy
Time November 5, 2008 at 10:00 am
Nak tny ckt.Kt komputer aku de tulis ‘IERLS’- (In Order to exit application,you must provide an administrator pasword since”allow user to exit” option box is not selected
Selected this option or supply a password under the administration menu) setiap kali nak shut down atau nk restart.Cmne nk bg benda 2 ilang@setel??
Comment from E-comsys 18
Time November 25, 2008 at 9:43 pm
saye pening ngan PC saye..
ade 2 windows lak…
mcm mane nak hilang kan 1 ek…
PC sy jadi slow pastu suke hang…
mintak tlg kpd sape2 yang tau ek…
November 25th, 2008 at 10:32 pm
@E-comsys 18: buang je Windows yang dah tak pakai tu.. pastu edit boot.ini untuk buangkan senarai Windows tu dari boot screen.
Comment from encikapas
Time December 5, 2008 at 6:38 am
@mat, erm..apa kata kite belaja overclock?huhuhu
kalo dah tweak windowas pun dah kira power..tapi di bekalkan lagi
dengan overclock tentu lagi cun…main games cam best je lajunye..ahaks
Comment from s
Time December 7, 2008 at 10:10 am
help and support service dlm laptop sy hilang slp tukar window xp service pek 2 ke 3, how to fix this
Comment from ashrafff
Time December 28, 2008 at 10:05 am
cara di atas saya dah cuba software untuk lajukan pc saya pun dah cuba saya tambah ram 1gb tapi masih slow.kenapa ya?
March 23rd, 2008 at 1:05 am
tak silap aku install cam bese je..
performance ada sket je la up, tapi saje gedik2 nak update.. aha
[Balas komen ini]